Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pelancaran NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 10 Februari 2014 (Isnin) hasil kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.

Berikut dikongsikan beberapa perkara berkaitan seperti kertas kerja dan lensa kamera pada hari tersebut.


JAWATAN KUASA PELAKSANA PELANCARAN NILAM 2014



PENGERUSI

EN ABD RAHMAN B MOHD SAID
GURU BESAR


NAIB PENGERUSI

PN HJH ZAINAB BT MD YASIN
GPK 1

PN TUAN SUHAINI BT TUAN ABDULLAH
GPK HEM

EN SYAHRUL FAZLI B MOHD NORDIN
GPK KO-KURIKULUM


SETIAUSAHA

PN AINA DAYANA BT HILMI


AHLI JAWATAN KUASA


Persembahan Multimedia
En Muhammad Shafiq B Ab Ghani

Gimik Pelancaran
Pn Norazura Bt Zahari

Jurugambar
Cik Nurul Khairun Bt Naim

Pemberian Bahan Bacaan Kelas
Pn Noraza Bt Mazlan

Persembahan Murid
Pn Siti Fatimah bt Zakaria

Buku program
Pn Nor Arulliza Suzani binti A. Rahman

Brosur
Cik Shazlin bt Sulaiman

+++

NAMA PROGRAM :
Pelancaran NILAM 2014

PENGANJUR :
Pusat Sumber Sekolah

TARIKH :
10 Februari 2014 

TEMPAT :
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka

+++

PENGENALAN :

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah. Kepentingan menyemai minat membaca ini supaya subur menjadi satu budaya dan proses pembelajaran sepanjang hidup yang banyak memberi manfaat kepada seseoarng individu. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi satu dimensi baru kepada murid pendidikan khas bermasalah pendengaran secara khususnya.

MATLAMAT :
Menyemai budaya membaca di kalangan warga SK Pendidikan Khas Melaka.

OBJEKTIF :
1. Meningkatkan minat membaca murid istimewa.
2. Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai Program NILAM.
3. Memberi peluang kepada warga sekolah terutama murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.

+++

STRATEGI PELAKSANAAN :
Majlis pelancaran sambutan Pelancaran NILAM 2014
Hari : Isnin
Tarikh : 10 Februari 2014
Waktu  : 7.40 pagi
Tempat : SK Pendidikan Khas Melaka
Kewangan : Pusat Sumber Sekolah

PESERTA :
Murid  : 48 orang
Murid prasekolah SK Semabok  : 25 orang
Guru  :  33 orang
PPM  : 7 orang

PELAKSANAAN :
Lampiran

+++

ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL
ITEM
KUANTITI
RM
1.
Penanda buku
120 keping x RM0.55
66.00
2.
Kek NILAM
1 unit x RM90.00
90.00
3.
Banner pelancaran
1 unit x RM75.00
75.00
4.
Button badge NILAM
30 unit x RM2.50
75.00


JUMLAH
306.00

PUNCA KEWANGAN :
Pusat sumber sekolah

PERASMI 
En Abd Rahman bin Mohd Said
Guru Besar SKPK Melaka

+++

ATURCARA MAJLIS :

7.40 pagi  Ucapan pengerusi 
7.45 pagi  Ucapan dan perasmian oleh Guru Besar
               Gimik Pelancaran
7.50 pagi  Persembahan multimedia (Pengenalan Program NILAM)
               Persembahan murid 
               Penyampaian cenderahati untuk persembahan murid
               Penyerahan bahan bacaan dan bakul mini kepada setiap kelas
               Bersurai 

PENUTUP

Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua pihak. Semoga budaya membaca semakin subur di SK Pendidikan Khas Melaka.

+++++



Gimik pelancaran NILAM ialah kek besar berbentuk buku yang kemudiannya dijamu untuk seluruh warga sekolah. Semoga program galakan membaca tahun ini dapat menyemai budaya membaca dan menarik minat murid untuk membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lawatan Sambil Belajar ke PERPUSTAM (Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka)

Aktiviti Teka Bilangan Muka Surat Buku (",)