Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Pelancaran NILAM 2013 SKPK Melaka

Imej
Bismillah walhamdulillah.. Bertemu lagi di dalam blog Pusat Sumber Sekolah SK Pendidikan Khas Melaka. Hari ini telah selesai Majlis Pelancaran Program NILAM 2013 yang dirasmikan oleh tuan guru besar, En Abd Rahman b Mohd Said. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, PPM,  PTO N17 dan murid yang terlibat. Aturcara majlis : - Taklimat program NILAM oleh Penyelaras Perpustakaan - Montaj NILAM - Ucapan guru besar SKPK Melaka - Gimik pelancaran - Penyampaian bahan bacaan kepada setiap kelas - Bersurai Buletin khas sempena pelancaran NILAM Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian... :)

Mutiara Kata yang Indah (",)

Imej
Sumber gambar : http://www.wallpaper.com/whouse/study#2245-wall-clock Apa yang kamu boleh buat dalam SATU MINIT ? > Bertasbih sebanyak 100 kali > Membaca 1 halaman mashaf al- Quran > Menelaah 3 halaman buku > Menulis sepucuk sura t > Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali Sumber : Buku Kunci Kejayaan Minda oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Seronoknya membaca! : Tawarikh Cinta

Imej
Tawarikh Cinta mengisahkan pencarian naskah asal Kitab Gemala Sakti yang menjadi lambang keunggulan dan maruah negeri Ujana Madani. Putera Mahkota iaitu Putera Jauhari Firus, adindanya Puteri Cempaka Wilis dan Wazir Syamsul Azmi berusaha keras memikirkan cara terbaik menjejaki kembali naskah asal kitab ini. Sebelum itu mereka bertiga telah bermimpi bertemu dengan pemerintah Ujana Madani yang merupakan nenda kepada Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis yang meminta mereka mencari kembali naskah asal. Setiap daripada mereka diberi ‘hint’ atau ‘clue’ yang berbeza. Akhirnya setelah dilakukan kajian dan pencarian di dalam khutubkhanah istana, mereka akhirnya berjumpa dengan penyelesaiannya. Maka Putera Jauhari Firus bersama dua orang kesatria yang paling dipercayai pergi merentasi masa untuk mengambil seseorang dari zaman yang lain bagi membantu mereka. Ratu Hassanal Ridhwan Tempawan Kesuma berkata hanya orang yang cendekia sahaja yang mampu membaca dan mentafsir