Seronoknya membaca! : Mrs Frisby and the Rats of NIMH
Penulis : Robert C. O'Brien
Buku ini sumbangan daripada pihak Scholastic kepada pusat sumber sekolah SKPK Melaka..
Resensi buku ini diambil dari catatan seorang guru SKPKM.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terpampang di atas judul buku ini telah terjual 1 juta naskah. Wah, menarik amatkah?
Ya, sangat menarik. Saya hampir-hampir ketawa seorang semasa membaca buku ini.
Mrs Frisby, si ibu tikus ini sangat risaukan hari perpindahan (kerana apabila musim sejuk berakhir mereka perlu berpindah untuk mencari tempat yang lebih selamat) kerana anaknya mengalami pneumonia dan dinasihatkan tidak banyak bergerak.
Bermulalah pencariannya mencari ubat sehinggalah kepada idea mustahil yang luar biasa. Budi baik dibalas baik. Ya, saya suka dengan keadaan ini. Dalam perjalanan pulang daripada rumah Mr Ages (ala-ala tabib tikus) mendapatkan ubat untuk Timothy, Mrs Frisby terserempak dengan seekor burung gagak yang tersangkut di pagar rumah. Dia mengambil keputusan untuk menolong gagak itu. Sebagai balasan Sang Gagak menerbangkannya pulang ke rumah.
Salah satu usaha yang Mrs Frisby lakukan ialah berjumpa dengan burung hantu yang paling tua di hutan di situ bagi mendapatkan nasihat. Malangnya nasihatnya tidak begitu membantu. Tapi ajaibnya apabila disebut nama penuhnya burung hantu itu terus memberi perhatian yang lebih.
Rupanya suami Mrs Frisby adalah kawan baik burung hantu itu! Wah, bagaimana hal ini boleh terjadi? Mana ada burung hantu dan tikus berbaik-baik?
Ulasan
Catat Ulasan