Julai Bulan Membaca 2012




 Saban tahun Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca. Kempen membaca ini telah dimulakan pada tahun 1995 lagi. Pada waktu itu bulan Membaca dilaksanakan pada bulan Ogos. Namun bagi mengelak pertembungan dengan sambutan kemerdekaan, sambutan Bulan Membaca ini ditukar ke bulan Julai mulai tahun 2001.

Dengan ini Pusat Sumber Sekolah SK Pendidikan Khas Melaka turut tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program sempena Julai Bulan Membaca. Aktiviti melibatkan semua guru, PPM (pembantu pengurusan murid) dan murid-murid. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

- Pertandingan meneka bilangan muka surat buku
- Teka silang kata kategori guru dan PPM
- Pertandingan mewarna
- Pengunjung popular bulan Julai kategori guru dan murid
- Sesi bercerita tahap 1 dan 2 (Read Aloud Session)
- Aktiviti berdasarkan buku yang telah dibacakan (dari sesi Read Aloud Session seperti mencari perkataan, jigsaw puzzle dan padankan perkataan dan gambar)
- Tokoh Nilam
- Ejaan berdasarkan cerita yang dibacakan

Pihak PSS juga menyediakan cenderahati istimewa buat semua guru dan staf iaitu penanda buku yang comel bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan warga SKPK Melaka.


Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang kita baca :)

Sumber gambar : wallpaperseek.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lawatan Sambil Belajar ke PERPUSTAM (Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka)

Aktiviti Teka Bilangan Muka Surat Buku (",)